Saturday 19 January 2013

Wanita Yang Menakjubkan


10 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG WANITA


 Gambar Ihsan dr Mr. Google
1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda ♥

3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri.

4. Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka.

5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.

6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif.

7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya.

8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.”

9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya.

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu ♥
Sumber - LifeFit.com 

                           KLIK DISINI UNTUK TIPS HILANGKAN LEMAK


Sunday 13 January 2013

Ape yang Menarik Hotel La Montaña Mágica?


Hotel La Montaña Mágica

Seperti berada di alam fantasi. Hotel La Montaña Mágica adalah sebuah hotel yang berbentuk seperti gunung yang mengalirkan air dari atas. Senang cakap, air terjun. Hotel La Montaña Mágica terletak di Huilo Huilo, sebuah rizab swasta di rantau Los Rios, Chile.
Montaña Mágica Lodge adalah sebuah hotel yang diilhamkan bersama air terjun buatan manusia di Patagonia, Chile. Air terjun akan bergerak dari bahagian atas hotel tersebut dan pengunjung boleh merasai pengalaman seolah olah berada di dalam air terjun. Sewa hotel ini adalah sekitar USD 156 hingga USD 280 . Hotel ini akan tampak lebih menarik menjelang musim sejuk kerana ia akan kelihatan seolah olah pokok krismas
Sumber: disini


      

Fadhilat Solat Subuh


Fadhilat Solat Subuh


1. RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

2. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

3. Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

4. Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

5. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) .” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

6. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

7. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

8. Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya? Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:”Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

9. Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.


petikan: disini




KLIK DISINI UNTUK HILANGKAN LEMAK



Saturday 12 January 2013

JOM MENGEMAS RUMAH


TIPS MENGEMAS RUMAH



Kebanyakan isteri di zaman sekarang bekerja. 
Namun dalam masa yang sama turut menjadi
suri rumah selepas waktu bekerja.
Sebenarnya ia menjadi cabaran kepada para isteri
untuk menguruskan rumahtangga 
dengan sempurna lebih-lebih lagi
yang tiada maid di rumah.


  Pelbagai perkara yang perlu dilakukan
seperti memasak, mengemas rumah, menggosok pakaian, mencuci pinggan mangkuk dan lain-lain lagi.
 Ia harus dilakukan bagi memastikan
keperluan anak-anak dan suami dipenuhi setiap hari.


Oleh itu ada beberapa tips yang mungkin
boleh dikongsi bersama agar rumah
sentiasa kemas dan bersih. Saya yakin
rumah yang kemas dan bersih 
adalah rahsia memikat hati suami
Betul tak? 
Ingat rumah adalah tempat istirehat yang
paling selesa buat keluarga. 
Oleh itu,setiap hari selepas pulang dari kerja pastikan ;

1. Basuh pinggan di singki.

2. Mesin pakaian (cukuplah 1 @ 2 mesin sahaja.)

3. Lipat baju ( 1 bakul cukup)

4. Menyapu (1 @ 2 ruang sahaja)

5. Kemas ruang yang bersepah (1 @ 2 ruang sahaja)


Tidak perlulah membuat kerja rumah
 bertungkus-lumus kerana
 kita pun perlu berehat yang secukupnya
 setelah seharian penat bekerja. 
Jika 4 perkara di atas dilakukan secara konsisten, 
pastinya rumah  anda sentiasa kemas.
( ataupun sekurang-kurangnya rumah kita nampaklah rupanya... ahahaha!)


Jadi,dihujung minggu tidaklah kita terlalu penat 
menguruskan kerja rumah yang melonggok.
 Cuma kita mungkin boleh menyambung kerja rumah
 yang masih berbaki seperti mengemop lantai, mencuci tandas, melipat dan menggosok pakaian dan lain-lain.

Apa yang penting, bangun dari tidur dihujung minggu 
dengan penuh senyuman kebahagiaan... Rumahku syurgaku... chewwah!~


Sekian.


p/s - Selamat mencuba. Terpulanglah kepada anda untuk 
memilih tips yang sesuai bagi rumah anda!


Petikan dari: sini








Friday 11 January 2013

SENARAI 10 ORANG JUTAWAN DI MALAYSIA 2012



Anda kenal..? 10 orang jutawan di Malaysia 2012 kaya betul sampai ada yang mencapai tahap billion. Senarai tu ada dibawah,. Melalui web forbes itu juga sebenarnya seramai 40 jutawan disenaraikan. Jom kita lihat jumlah/angggaran kekayaan diorang yang diisytiharkan melalui web forbes. Senarai ini adalah senarai terkini bagi tahun 2012.

1. Robert Kuok, berjaya mengekalkan gelarannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$12.4 bilion, turun sedikit daripada AS$12.5 bilion pada tahun sebelumnya. Kuok, 88, memegang kedudukan tertinggi itu sejak 2006 apabila Forbes Asia mula menetapkan ranking untuk 40 rakyat Malaysia yang terkaya, Beliau menguasai empayar gula yang luas, minyak sawit, perkapalan dan hartanah.
2. Ananda Krishnan, 73, yang menyaksikan nilai rm beliau meningkat daripada AS$400 juta kepada AS$9.9 bilion. Beliau membeli dalam portfolio kuasa di Malaysia, Asia Selatan dan Timur Tengah dalam urus niaga yang boleh mencapai AS$2 bilion. Syarikat beliau, Maxis Communications, pembekal perkhidmatan telefon bimbit terbesar negara ini, baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G dengan saingan UMobile.
3. Lee Kim Hua & Family, yang aset bersihnya susut hanya 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion. Keluarga di belakang empayar perjudian Genting kini mendapat perhatian media dengan usaha untuk mengembangkan operasi di Amerika Syarikat. Anak Lee, Lim Kok Thay, yang menguruskan Genting Group, menyaksikan kekayaannya susut sembilan peratus kepada AS$605 juta.
4. Lee Shin Cheng, yang membina IOI Group kepada salah satu daripada pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, mengekalkan kedudukan beliau di tempat keempat dengan nilai bersih AS$5.2 bilion, meningkat sebanyak AS$200 juta daripada tahun lepas.
5. Teh Hong Piow, Anggaran harta bernilai 5 billion. Bekas pengasas Public Bank yang diasaskanpada tahun 1966 dengan keuntungan daripada perjanjian hartanahkumpulan ketiga terbesarperbankan negara sekarangJuga mempunyai operasi di Kemboja, China, VietnamLaos dan Sri Lanka
6. Quek Leng Chan, dengan harta kekayaan setinggi 4.2 billion. Tokey beso Hong Leong Bank, Eon Capital, Hume Industries- syarikat berasaskan simen, konkrit dan keluli. Membeli sebuah penthouse di Singapore dangan harga 14 juta.

7. Syed Mokhta AkBukhari, anggaran harta yang beliau ialah 3.3 billion. Mendapat sebahagian besar kekayaan dari Malaysia Mining Corp (MPM)di mana dia memegang konsesi untukmengendalikan pelabuhan dan lapangan terbang di Johormemiliki kepentingan dalam Malakoff[pengeluar tenaga]. Melalui Tradewinds yang disenaraikan di bursa sahammengambil alihpembekal beras negaraPadiberas NasionalMemiliki Harrods di Malaysia [KLCC]. Juga melalui DRB HICOM.
8. Yeoh Tiong Lay, angaran harta beliau adalah sebanyak 2.6 billion.

9. Tiong Hiew King, anggaran harta 1.5 billion. Berjaya Group, beliau beroperasi WendyStarbucks, Pizza Papa John di Malaysiaairrawatan air kumbahan dan tapak pelupusan di Malaysia, Indonesiadan Chinamembangunkan hartanah di Vietnam, JepunMembeli rangkaian sosial laman webFriendster.com; juga Pasukan bola sepak UK??  - team mana yekkk? 
   
10.Vincent Tan, Anggaran harta mereka adalah sebanyak 1.2 billion.



11. Lee Oi Hian & Lee Hau Hian , Anggaran harta sebanyak 1.1 billion.  
12.  Azman Hashim , Anggaran harta sebanyak 900 juta.
13.  Shahril & Shahriman Shamsuddin  Anggaran harta sebanyak 845 juta.
14. Mokhzani Mahathir Anggaran harta sebanyak 685  juta.
15. Anthony Fernandes Anggaran harta sebanyak 615 juta.
16. Lim Kok Thay Anggaran harta sebanyak 605 juta.
17. Chen Lip Keong  Anggaran harta sebanyak 600 juta.
18. Jeffrey Cheah  Anggaran harta sebanyak 580 juta.
19. Kamarudin Meranun  Anggaran harta sebanyak 560 juta.
20. Lau Cho Kun  Anggaran harta sebanyak 525 juta.


sumber: disini

KLIK DISINI UNTUK PETUA NAK KURUS JUTAWAN.. HEHE



Cara Menjaga Hati Seorang Sahabat


 
Memulakan memberi salam apabila bertemu.  
 
Motivasi: Memberi salam terlebih dahulu tanda merendah diri seseorang kepada Allah.  Allah sangat cinta pada hamba yang tawaduk. 

Memanggil nama sahabat dengan nama yang disukainya sama ada di depan atau di belakangnya.

Motivasi: Kita juga suka orang menyebut nama yang kita senangi sama ada di depan maupun di belakang kita.  Jadi lakukan perkara yang sama pada kawan kita.

Menumpukan perhatian tatkala sahabat bercakap serta elakkan memotong cakapnya

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang fokus dan mengambil berat terhadap orang lain.  

Menyampaikan pujian orang terhadap sahabat.  Jika kita sembunyikan bererti kita sebenarnya menyimpan rasa dendam dan iri hati.

Motivasi: Allah suka kepada seseorang yang ikhlas dalam persahabatan.  Menyampaikan pujian di sini bertujuan menggalakkan sahabat kita konsisten menunaikan perkara yang baik.  Bukan bertujuan membodek. 

Tidak menceritakan kejian dan celaan orang terhadap sahabat.  Ini untuk mengelakkan rasa kurang senang dan tercetusnya krisis.
 
Motivasi: Allah suka seseorang yang mengelakkan perkara yang menggusarkan hati sahabatnya.    

Memberi pertolongan kepada sahabat yang memerlukannya tanpa menunggu dia memintanya.  Kalau dia memohon bantuan, wajib kita bantu setakat termampu.

Motivasi: Allah menolong seseorang selagimana dia menolong sesama insan dalam kebaikan.  

Mengutamakan keperluan dan kepentingan sahabat dari kepentingan diri.  

Motivasi: Allah mengasihi seseorang yang mampu mendahulukan keperluan orang lain mengatasi dirinya sendiri.  Allah sebaik-baik pemberi rezeki.  Apa yang kita berikan akan diganti dengan yang lebih baik. 

Memandang dan membuat anggapan positif terhadap sikap sahabat.  Elakkan prejudis pada mereka.  

Motivasi: Secara tidak disedari, orang yang suka bersangka buruk pada orang lain telah menghukum di atas perkara yang tidak diketahui dengan jelas.  Allah membantu seseorang yang suka bersangka baik dengan orang lain. 

Memberi nasihat terhadap kesalahan dan kelalaiannya.  Jika melihat kawan kita mulai lalai atau melakukan kesalahan, tegur dan beri nasihat secara rahsia.

Motivasi: Umpama kita tersalah jalan mahu menuju ke suatu tempat.  Kemudian rakan kita menegur kita.  Pastinya kita suka dan berterima kasih kepadanya.  Kita juga suka kalau kesalahan kita tidak diperbesarkan dan ditegur tanpa diketahui orang lain.  Ia menunjukkan maruah kita dihargai. 

Sentiasa memaafkan kesalahan sahabat kita.  Bila melihat dia lakukan kesalahan, tidak ditempelak seperti kata pepatah, ‘memulangkan paku buah keras’.  

Motivasi: ‘Memulangkan paku buah keras’ bererti kita mendendaminya.  Apakah kita ikhlas bersahabat dengannya selama ini?  Allah bersama orang yang ikhlas. 

Sekiranya dia minta maaf, terima saja apa alasan yang diberikan tidak kira benar atau tidak. 

Motivasi:  Serahkan sahaja perkara yang tidak diketahui kepada Allah.  Lagi pula, Allah tidak akan bertanya pada kita apakah kawan kita berbohong atau tidak.  Yang pasti, Allah akan tanya kita apakah kita telah memaafkan sahabat yang telah meminta maaf. 

Tidak mengulang tayang kesalahan atau keburukannya yang pernah dilakukan pada kita.

Motivasi: Apakah kita suka kalau sahabat kita mengungkit kesalahan kita yang lalu sedangkan kita sudah menginsafinya. 

Elakkan berkelahi pada perkara remeh temeh.  Apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.

Motivasi: Perkelahian pertama di dunia ialah antara dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil.  Ia dicetuskan oleh Iblis yang memusuhi manusia hingga kiamat.  Justeru ingatlah, apabila kita berbalah tanpa didasari kebenaran, sebenarnya kita menurut jejak-jejak Iblis. 

Menyembunyikan segala rahsia sahabat  dan tidak menceritakan kepada orang lain walau kepada pasangan (suami/isteri) kita sendiri.

Motivasi: Allah menyembunyikan rahsia kita selagi kita menjaga rahsia sesama kita. 

Tidak mendesak atau memaksanya sehingga dia rasa terbeban dengan permintaan kita itu.

Motivasi: Apakah kita suka didesak atau dipaksa melakukan atau menunaikan sesuatu? 

Menjiwai apa yang dirasakannya sama ada senang atau susah.  Gembira dengan perkara yang menggembirakannya dan bersedih dengan sesuatu yang menyedihkannya.

Motivasi:  Apakah yang kita rasa bila kita sedang gembira, sahabat kita mengerut-ngerutkan mukanya?  Apakah yang kita rasa bila kita bersedih, kawan kita bergelak ketawa di hadapan kita? 

Memberi hadiah sempena hari lahir sahabat atau kerana apa sahaja yang bersesuaian.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang bermurah hati. 

Sentiasa memupuk kasih sayang dengannya hingga akhir hayat.

Motivasi: Allah cinta kepada orang yang saling berkasih sayang keranaNya.  Justeru Allah menegaskan bahawa salah satu dari dua doa yang tidak dimakbulkan ialah doa supaya diputuskan silaturrahim.  Memelihara silaturrahim serta mengekalkannya juga dapat memanjangkan umur. 

Mengucapkan terima kasih di atas kebaikan sahabat terhadap kita.

Motivasi: Allah berjanji kalau kita sentiasa berterima kasih dengan nikmat yang diperolehi sama ada pada manusia atau kepadaNya, maka Dia akan tambahkan lagi nikmat tersebut.  Ini janji Allah.  Nescaya ditepati.  

Sentiasa mendoakannya.  Doakan selalu sahabat-sahabat kita ketika dia masih hidup atau setelah dia meninggal dunia.

Motivasi: Para malaikat akan selalu mendoakan kita selagimana kita mendoakan kebaikan buat sahabat-sahabat kita. 

Menziarahi sahabat tatkala dia sakit atau ditimpa bencana.

Motivasi:  Allah suka kepada hamba yang mengambil berat hal orang lain. 

Mengiringi sahabat ke pintu ketika dia hendak pulang setelah menziarahi kita.

Motivasi:  Sikap ini menandakan kita menghargai kunjungan sahabat.  Sahabat kita pula merasa dirinya dihormati dan dihargai.  Kesannya ia mampu menambahkan kasih sayang sedia ada. 
Lakukan semua perkara di atas kerana cintakan Allah.  Apa yang telah kita amalkan, sama-samalah kita berusaha untuk konsisten dengannya.  Mana yang kurang, sama-sama kita perbaikinya.  Insya Allah, persahabatan kita berkekalan dengan limpahan barakah dariNya. 





 

Thursday 10 January 2013

Salam Jumaat Yang Berkah




Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)








SELAMAT PAGI CINTA.(Kekalkan Keayuan Mu)

Rahsia Gadis Mengekalkan Keayuan Semulajadi

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.


Selamat Mencuba... :)



 

TIPS KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

Menjaga Hati Suami & Isteri



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
 

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

 4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.


 5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

 6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

 7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

 8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

 9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

 10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

 11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

 12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

 13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

 14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

 15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

 16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.



 17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

 18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

 19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.